Blogger Template by Blogcrowds

Penciptaan Alam

Nabi Adam a.s. di Bumi

Sudah menjadi sunnatullah bahawa, orang yang melanggar pada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan Allah swt itu pasti akan ada balasannya. Lalu Adam dan Hawa pun turun ke bumi dan terpisah. Pada syariatnya Adam diturunkan di Sri Lanka dan Hawa diturunkan di Jeddah. Jeddah itu dalam ertikata bahasa melayu kita ialah nenek. Setelah sekian lama mereka dipisahkan oleh Allah swt akhirnya Jibril telah diperintahkan untuk mempertemukan mereka di Padang Arafah di Jabbal Rahmah. Arafah itu dalam ertikata bahasa melayu nya ialah perkenalan. Iblis yang masuk ke syurga dan menggoda Nabi Adam a.s. dan Hawa, dilempar di Ablah atau Dustimyan. Sedangkan ular yang membawa syaitan yang masuk ke syurga dilempar di daerah Asbihan.


Perjalanan manusia merentas masa bermula ketika Nabi Adam as menjejakkan kakinya kali pertama di muka bumi pada hari Jumaat. Hakikat sebenar di mana bermulanya perjalanan yang panjang ini tiadalah pernyataan jelas mengenainya. Pendapat dari Ibnu Hatim menyatakan Nabi Adam turun ke bumi yang pertama kali dipijak adalah tanah yang bernama duhna. Tanah ini terletak di antara Mekah dan Thaif. Ibnu Umar dan Abu Hatim pula mengatakan bahawa Adam diturunkan di bukit Safa dan Hawa di Marwah. Al-Hasan berkata bahawa Nabi Adam mula turun ke bumi iaitu tempat yang berada di India, Hawa di Jeddah.


Menurut as-Suda katanya bahawa Adam diturunkan di wilayah India. Adam turun bersama Hajar al-Aswad dan segenggam dedaunan syurga. Dedaunan itu lalu ditaburkan di tanah India, kemudiannya ia tumbuh menjadi pepohonan yang bermutu tinggi. Abdul Razak dari A’mar, dari Auf, dari Qusamah bin Zuhair dari Abu Musa al-Asya’ri, beliau berkata Allah membekalkan Adam dengan pengetahuan cara-cara membuat segala sesuatu dan diberi buah-buahan dari syurga. Jadi buah-buahan yang kamu rasakan hari ini berasal dari syurga. Bezanya buah-buahan ini yang tumbuh di bumi telah berubah rasanya manakala di syurga tidak berubah. Begitulah yang dikisahkan.


Puncak Adam (2,243 meter) merupakan sebuah gunung di Sri Lanka yang mempunyai pemandangan yang sangat indah pada dua masa yang berbeza. Di kala subuh, kemunculan jejari cahaya di timur sehinggalah cahaya pagi menjelang merubah warna langit adalah pementasan alam yang menawan perasaan. Di sebelah barat, matahari senjakala pula akan mempersembahkan kecantikannya. Di sini jugalah terabadi sebuah tapak kaki manusia yang mana panjangnya 5 kaki 7 inci dan lebarnya 2 kaki 6 inci.


Nabi yang pertama sekali solat fardhu Subuh ialah Nabi Adam as tatkala baginda keluar daripada syurga. Melihat akan zulmah (kegelapan), Nabi Adam as. menjadi takut yang amat sangat. Di kala Subuh dan pecah (terbit) fajar, solatlah Nabi Adam as dua rakaat. Rakaat pertama bermaksud syukur Nabi Adam as kerana dilepaskan daripada kelam (kegelapan). Rakaat kedua bermaksud syukur Nabi Adam as kerana kembali siang hari (terbit fajar).



Nabi Adam dan Hawa turun ke bumi. Mereka keluar dari syurga. Nabi Adam dalam keadaan sedih sementara Hawa tidak henti-hentinya menangis. kerana ketulusan taubat mereka, akhirnya Allah SWT menerima taubat mereka dan Allah SWT memberitahukan kepada mereka bahawa bumi adalah tempat mereka yang asli, di mana mereka akan hidup di dalamnya, mati di atasnya, dan akan dibangkitkan darinya pada hari kebangkitan. Allah SWT berfirman:


"Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan”

Al-A'raf 7:25


Kemudian Allah SWT menceritakan kisah tentang pelajaran ketiga yang diperoleh Nabi Adam selama keberadaannya di syurga dan setelah keluarnya ia darinya dan turunnya ia ke bumi.


"Dan Sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat. Dan (ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat: 'Sujudlah kamu kepada Adam,' maka mereka sujud kecuali Iblis. la membangkang. Maka Kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini (Iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka. Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang, dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak pula akan di timpa panas matahari di dalamnya.' Kemudian setan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: 'Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa ?' Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu tampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan derhakalah Adam dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. Allah berfirman: 'Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku,

lalu barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku,

ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.'"

Thaha :115-123


Dalam ayat selanjutnya Allah swt. berfirman :


الرحيم هوالتواب انه عليه فتاب كلمات ربه من ادم فتلقى


“Kemudian Adam a.s. menerima beberapa kalimat dari Tuhannya “Maka Allah menerima taubatnya”. Sesungguhnya Allah swt Maha menerima taubat,

lagi maha penyayang”.

Semenjak Nabi Adam as. dan Hawa turun ke bumi, penyesalan pun menjadi hal yang ada di benaknya. Bagaimanapun keadaannya Nabi Adam a.s. secara zahirnya telah melanggar ketentuan Allah swt dengan memakan buah yang dilarangNya. Hari-hari Nabi Adam a.s. dijalani dengan penuh penyesalan, tangisan, ratapan, hingga menjadi penghias dalam hidupnya. Di ceritakan bahawa, setelah turun ke bumi sampai kira-kira 300 tahun, Nabi Adam a.s. tidak pernah berani melihat langit kerana Nabi Adam a.s. merasa malu kepada Allah swt. Namun Allah swt adalah Dzat yang Maha Penyayang, Allah swt tahu terhadap apa-apa yang sedang terjadi dengan diri Nabi Adam a.s. Oleh kerana itu, Allah swt memberi ilham kepada Nabi Adam a.s. untuk membaca istighfar. Meminta ampunan dosa kepada Allah swt. Doa (istighfar) itu ialah seperti berikut:


نفسى ظلمت انت الا لااله جدكوتعالى اسمك وتبارك وبحمدك اللهم سبحانك

انت الا الذنوب يغفر لا فانه فاغفرلى


“Maha Suci Engkau wahai Tuhan, dan demi sifat terpujiMu dan bertambahlah berkahnya namaMu dan tinggi sifat kebesaranMu atau keagunganMu, tiada Tuhan selain Engkau, aku telah menganiaya diriku sendiri, maka berilah aku ampunan, maka sesungguhnya tiada yang mampu memberi ampun kecuali

Engkau Tuhan”


Allah SWT menerima taubatnya dan memaafkannya serta mengirimnya ke bumi. Nabi Adam adalah Rasul pertama bagi manusia. Mulailah kehidupan Nabi Adam di bumi. Ia keluar dari syurga dan berhijrah ke bumi, dan kemudian ia menganjurkan hal tersebut (hijrah) kepada anak-anaknya dan cucu-cucunya dari kalangan nabi. Sehingga setiap nabi memulai dakwahnya dan menyuruh kaumnya dengan cara keluar dari negerinya atau berhijrah. Di sana Nabi Adam keluar dari syurga sebelum kenabiannya, sedangkan di sini (di bumi) para nabi biasanya keluar (hijrah) setelah pengangkatan kenabian mereka.


Nabi Adam mengetahui bahawa ia meninggalkan kedamaian ketika keluar dari syurga. Di bumi ia harus menghadapi penderitaan dan pergelutan, di mana ia harus menanggung kesulitan agar dapat makan, dan ia harus melindungi dirinya dengan pakaian dan senjata, serta melindungi isterinya dan anak-anaknya dari serangan binatang buas yang hidup di bumi. Sebelum semua itu dan sesudahnya, ia harus meneruskan pertempurannya dengan pangkal kejahatan yang menyebabkannya keluar dari syurga, yaitu syaitan. Di bumi, syaitan membuat waswas kepadanya dan kepada anak-anaknya sehingga mereka masuk dalam neraka Jahim. Pertempuran antara pasukan kebaikan dan pasukan kejahatan di bumi tidak akan pernah berhenti. Maka barang siapa yang mengikuti petunjuk Allah SWT, ia tidak akan merasakan ketakutan dan kesedihan, dan barang siapa yang bermaksiat kepada Allah SWT dan mengikuti makhluk api, iblis, maka ia akan bersamanya di neraka.


Nabi Adam mengerti semua ini. Ia menyedari bahawa penderitaan akan menyertai kehidupannya di atas bumi. Satu-satunya yang dapat meringankan kesedihannya adalah, bahawa ia menjadi penguasa di bumi, yang kerananya ia harus menundukkannya, memakmurkannya, dan membangunnya serta melahirkan keturunan yang baik di dalamnya, sehingga mereka dapat mengubah kehidupan dan membuatnya lebih baik.

Wallahu a’lam.

Newer Posts Older Posts Home


Hijri Date Converter
Today's Date: Tuesday, 06/23/109
 
Gregorian Calender
Month Day Year
Hijri/Islamic Calender
Month Day Year
 
Day of the Week: