Blogger Template by Blogcrowds

Penciptaan Alam Semesta

Tahukah kamu apakah alam semesta itu? Ia adalah ruang yang tidak terbatas dan dia mempunyai segala-galanya, bumi, matahari, bulan, planet-planet dan bintang-bintang. Walaupun kamu berjalan berjuta-juta batu kamu tidak akan dapat sampai ke penghujung ruang ini, sebaliknya kamu akan sampai ke titik permulaannya. Puncanya ialah kerana angkasa ini terlalu luas untuk digambarkan.

Bumi wujud di dalam ruang yang tidak terbatas ini. Bersama dengan bumi, matahari, bulan, dan berjuta-juta bintang juga wujud bersama.

Jadi bagaimana semua benda-benda ini terbentuk?


Contohnya, bagaimana matahari boleh tercipta? Atau bagaimana bumi kita muncul?

Allah adalah Pencipta kepada matahari, bumi, planet-planet dan bintang-bintang. Segala-galanya di dalam alam ini begitu sempurna dan teratur. Kerana Allah mencipta alam ini, dan Dia telah meletakkan segala sesuatu pada tempatnya.


Bagaimana Allah Mencipta Alam Semesta Ini?

Para pakar sains telah melakukan satu penemuan penting pada tahun-tahun mutakhir ini. Penemuan penting itu ialah sebelum alam ini terbentuk, tidak wujud benda lain. Tiada tanah, udara, air, dan tiada bintang-bintang; malah tiada ruang. Di dalam kekosongan ini, terdapat satu titik kecil. Titik ini terlalu kecil sehinggakan sukar untuk mata kita melihatnya. Berbagai bahan telah dimampatkan bersama di dalam titik kecil ini. Kemudian, pada satu ketika titik ini meletup. Apabila ia meletup, semua bahan yang termampat di dalamnya telah berselerakan. Selepas itu, pecahan-pecahan bahan ini akan bergabung untuk membentuk atom-atom yang pertama, kemudian daripada atom-atom ini, bintang-bintang, matahari, bumi dan planet-planet lain. Pakar sains menamakan letupan ini "Big Bang". Semua yang terdapat di dalam alam semula jadi ini adalah hasil daripada Big Bang ini.

Di sini kamu perlu memikirkan sesuatu yang sangat penting. Bayangkan sekiranya kamu memasukkan pecahan-pecahan satu teka jigsaw (puzzle) ke dalam sebuah belon secara rawak. Selepas itu, kamu masukkan udara dan kemudian secara tiba-tiba pecahkannya. Seolah-olah belon tersebut telah "meletup". Apa berlaku kepada pecahan-pecahan jigsaw yang kamu masukkan ke dalam belon tersebut? Bolehkah pecahan-pecahan ini membentuk sebuah vila atau sebuah lapangan terbang - sesuatu yang kamu sendiri tidak dapat lakukan - di dalam bilik kamu? Atau adakah ia akan berselerak di serata bilik kamu? Sudah tentu, ia akan berselerak di dalam bilik kamu. Kamu perlu menyusun pecahan-pecahan jigsaw tersebut untuk membentuk sebuah lapangan terbang atau sebuah rumah.


Allah adalah Pencipta kepada "Big Bang" ini, Pengatur kepada bahan-bahan yang berselerakan di angkasa selepas "Big Bang". Dengan mengumpulkan bahan-bahan ini, dia juga adalah Pencipta matahari, bumi, planet-planet dan bintang-bintang. Apabila Allah menghendaki sesuatu Dia hanya berkata "Jadi" maka jadilah ia. Allah Yang Maha Besar dan Dia Yang Paling Perkasa. Kekuatannya mampu melakukan apa sahaja. Apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia dapat menciptanya sekelip mata.

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya:

"Jadilah!" maka terjadilah ia.

Yassin 36:82


Allah telah menurunkan kepada kita kitab-Nya "Al-Quran" di mana Dia telah menerangkan tentang diri-Nya dan ciptaan-Nya kepada kita. Kita dapat mencari jawapan yang betul kepada setiap soalan daripada Al-Quran dan As-Sunnah (cara hidup Nabi Muhammad SAW). Sebagai contoh, apabila kita bertanya, "Bagaimana Allah mencipta segala-galanya?" Allah membalas di dalam Al-Quran dengan berkata:


(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan

Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.

Al-An'am: 101



0 ulasan:

Newer Post Older Post Home


Hijri Date Converter
Today's Date: Tuesday, 06/23/109
 
Gregorian Calender
Month Day Year
Hijri/Islamic Calender
Month Day Year
 
Day of the Week: