Blogger Template by Blogcrowds

‘BIG BANG’

Ianya disokong oleh data yang diperolehi dari pengamatan dan eksperimen oleh ahli astronomi dan ahli astro-fizik sejak berdekad-dekad lamanya. Menurut 'Big Bang', seluruh alam semesta pada asalnya ialah satu jisim yang besar (Nebula Asas). Kemudian terjadi 'Big Bang' (Pemisahan Kedua) yang menghasilkan galaksi-galaksi. Ia kemudianya berpecah-pecah lagi untuk menjadi bintang, planet, matahari, bulan, dan lain-lain. Asal penciptaan alam semesta ini memang unik dan kemungkinan untuk ianya terjadi secara tidak sengaja ialah sifar. Al-Quran mengandungi ayat berikut berkenaan asal kejadian alam semesta:


“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu),

lalu Kami pisahkan antara keduanya?”

Al Anbiyaa' 21:30

Persamaan di antara ayat Al-Quran dan teori Big Bang tidak boleh dinafikan lagi! Bagaimana sebuah kitab yang muncul di padang pasir Arab 1400 tahun lalu, mengandungi fakta sains begini?



WUJUD JISIM GAS SEBELUM PENCIPTAAN GALAKSI-GALAKSI

Ahli sains FIZIK berkata, sebelum galaksi-galaksi di alam semesta ini dibentuk, yang ada pada mulanya ialah bahan-bahan gas. Dengan kata lain, bahan-bahan atau awan gas yang besar wujud sebelum pembentukan galaksi-galaksi. Untuk menerangkan perkara ini, perkataan 'asap' adalah lebih sesuai berbanding gas. Ayat Al-Quran berikut merujuk kepada keadaan alam semesta oleh perkataan dhukhan yang bererti asap:


Kemudian Ia menujukan kehendakNya ke arah (bahan-bahan langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau paksa!" Keduanya menjawab:

"Kami berdua sedia menurut-patuh dengan sukarela.”

Fushshilat 41:11


Lagi sekali, fakta ini juga tidak diketahui oleh orang Arab pada zaman Nabi Muhammad. Justeru, dari mana pula sumber ilmu ini?


BENTUK BUMI YANG BULAT



Pada zaman lampau, manusia percaya bumi ini rata. Sejak berkurun-kurun lamanya, manusia takut untuk belayar terlalu jauh kerana risau mereka akan jatuh di tebing bumi. Lihat ayat Al-Quran ini yang membincangkan mengenai pertukaran siang dan malam:


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia...”

Al Baqarah 2:164


Silih berganti di sini bermakna malam bertukar menjadi siang secara perlahan-lahan dan bertahap-tahap dan begitulah sebaliknya. Kejadian begini hanya boleh berlaku jika bumi ini bulat. Jika ianya rata, sudah tentu perubahan malam dan siang berlaku secara mendadak dan bukan perlahan-lahan. Berikut ialah ayat yang juga membayangkan bumi ini bulat:


“Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan guna yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang

melingkari malam (dengan cahayanya)...”

Az Zumar 39:5


Perkataan Arab yang digunakan disini Kawwara bermakna 'untuk menindihkan' atau 'melingkari' - seperti tuban dilingkarkan mengelilingi kepala. Penindihan dan pelingkaran malam dan siang hanya boleh berlaku jika bumi ini bulat. Bumi ini bukanlah bulat seperti bola, tetapi berbentuk geo-spherical (geo-bulat), yakni leper di hujung. Ayat berikut mengandungi keterangan mengenai bentuk bumi:


Dan bumi sesudahkan itu dijadikan berbentuk telur.” *


(* Perkataan Arab dahaha diterjemahkan oleh Mufti Haji Muhammad Noor Haji Ibrahim sebagai 'dihamparkannya', yang juga betul. Perkataan dahaha juga bermakna telur ostrich. Lihat ayat ini yang berkaitan dengan sifat cahaya matahari dan bulan:


“Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang)

dan bulan bercahaya,....” )


Perkataan Arab untuk telur disini ialah dahaha yang bermaksud telur ostrich. Bentuk telur ostrich menyerupai bentuk bumi yang geo-bulat (geo-spherical). Justeru, Al-Quran menerangkan bentuk bumi dengan tepat, walaupun anggapan umum pada masa Al-Quran diturunkan ialah bumi ini rata.



CAHAYA BULAN IALAH CAHAYA PANTULAN



Peradaban-peradaban awal manusia percaya bulan menghasilkan cahayanya sendiri. Sains kini memberitahu kita cahaya bulan ialah cahaya yang dipantulkan. Walaubagaimanapun, fakta ini disebut di dalam Al-Quran 1400 tahun dahulu di dalam ayat:

“Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya lampu dan bulan yang menerangi.”

Perkataan Arab untuk matahari di dalam Al-Quran ialah shams. Ia merujuk kepada siraaj, yang bermaksud api pelita ('torch') atau wanhaaj yang bermakud 'lampu yang menyala' atau diya yang bermaksud 'kemegahan yang menyinari'. Ketiga-tiga keterangan itu memang sesuai untuk matahari memandangkan ia mengeluarkan haba dan cahaya oleh sebab kebakaran dalamannya. Perkataan Arab untuk bulan pula ialah qamar dan ia diterangkan di dalam Al-Quran sebagai muneer, iaitu sesuatu yang mengeluarkan nur, yakni cahaya. Sekali lagi, keterangan Al-Quran menyamai sifat semulajadi bulan yang tidak menghasilkan cahayanya sendiri dan merupakan benda yang tidak aktif yang hanya memantulkan cahaya matahari. Tidak pernah sekali pun di dalam Al-Quran, bulan disebut sebagai siraaj, wanhaaj, atau diya atau matahari sebagai nur atau muneer. Ini menunjukkan Al-Quran menyedari perbezaan diantara cahaya matahari dan cahaya bulan. Lihatlah ayat-ayat ini yang berkaitan dengan cahaya matahari dan bulan:


“Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya...”

“Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat,"Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang benderang),”


MATAHARI BERPUTAR


Sejak sekian lama ahli falsafah dan ahli sains Eropah percaya bumi ini berkedudukan tetap di tengah-tengah pusat alam semesta dan semua benda lain beredar mengelilinginya. Di Barat, konsep alam semesta berpusatkan bumi (geocentric) ini berleluasa dari zaman Ptolemy pada kurun kedua sebelum masehi lagi. Pada tahun 1512, Nicholas Copernicus membentangkan teorinya yang dipangghil Heliocentric Theory of Planetary Motion (Teori Heliocentric Mengenai Pergerakan Planet), yang mendakwa matahari itu yang berkedudukan tetap di pusat sistem matahari dengan planet-planet lain beredar mengelilinginya.


Pada tahun 1609, ahli sains Jerman Yohannus Keppler menerbitkan 'Astronomia Nova'. Di dalamnya dia menyimpulkan bahawa planet-planet bukan hanya beredar dalam orbit bujur (elliptical) mengelilingi matahari, mereka juga berputar di paksinya pada kelajuan yang tidak menentu. Dengan pengetahuan ini, ahli-ahli sains Eropah mampu menerangkan secara tepat beberapa corak perjalanan sistem matahari termasuklah kejadian malam dan siang.


Selepas penemuan-penemuan ini, matahari dianggap sebagai berkedudukan tetap dan tidak berputar di paksinya seperti bumi. Lihatlah ayat-ayat Al-Quran ini:


“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan;tiap-tiap satunya beredar *terapung-apung di tempat edaran

masing-masing (di angkasa lepas)."


*Mufti Haji Muhaamd Noor Haji Ibrahim menterjemahkan beredar terapung-apung. Sila lihat keterangan dibawah.


Perkataan Arab yang digunakan diatas ialah yasbahûdan. Perkataan yasbahûdan diambil dari perkataan sabaha. Ia membawa makna pergerakan dari benda-benda yang bergerak. Jika anda menggunakan perkataan itu untuk manusia, ia tidak bermakna orang itu bergolek tetapi ia bermakna orang itu berjalan atau berlari. Jika anda menggunakan perkataan itu untuk manusia di dalam air, ia tidak bermakna orang itu sedang terapung-apung, tetapi bermakna dia sedang berenang.


Begitu juga, jika anda gunakan perkataan yasbah untuk benda-benda di angkasaraya seperti matahari ia tidak bermakna ia terbang melalui angkasa tetapi ia bermakna ia berputar sambil ia bergerak melalui angkasa. Kebanyakan buku-buku teks telah memasukkan hakikat matahari berputar di paksinya. Putaran matahari di paksinya boleh dibuktikan dengan bantuan peralatan yang boleh mengimbas imej matahari ke atas meja supaya seseorang itu boleh mengkaji imej matahari tanpa menjadi buta. Kita boleh perhatikan matahari menyempurnakan putarannya setiap 25 hari, yakni matahari mengambil masa 25 hari untuk berputar dipaksinya.


Sebenarnya, matahari bergerak melalui angkasa pada kelajuan lebih kurang 150 batu sesaat, dan mengambil masa 200 juta tahun untuk menyempurnakan satu pusingan mengelilingi pusat Galaksi kita Milky Way.


“(Dengan ketentuan yang dekimian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar

terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.”


Ayat ini memberitahu fakta penting yang ditemui oleh astronomi moden, iaitu wujudnya orbit tersendiri untuk matahari dan bulan, dan mereka beredar melalui angkasa dengan pergerakannya sendiri. 'Tempat tetap', dimana matahari bergerak menuju kearahnya dan membawa bersamanya sistem matahari telah dikenalpasti tempatnya oleh astronomi moden. Ia digelar Solar Apex. Sistem matahari sesungguhnya bergerak di angkasa ke arah satu tempat di 'constellation of Hercules (alpha Layer) yang telah dikenalpasti dengan sahih dimana letaknya.


Bulan berputar di paksinya dalam tempoh yang sama diambilnya untuk mengelilingi bumi. Ia mengambil masa 29 1/2 hari untuk menyempurnakan satu keliling. Seseorang itu tentunya terkejut dengan ketepatan saintifik yang ditunjukkan dalam ayat-ayat Al-Quran. Justeru, tidak perlukah kita fikirkan:


"Apakah sumber ilmu-ilmu yang terkandung di dalam Al-Quran ini?"


MATAHARI AKAN PADAM SELEPAS TEMPOH TERTENTU




Cahaya matahari dihasilkan oleh proses kimia di permukaannya yang telah berlaku sejak lima billion tahun dahulu. Ia akan padam pada suatu masa nanti apabila matahari kehabisan bahan api yang akan membawa kepupusan kehidupan di bumi ini. Ayat al-Quran menyebut mengenai perkara ini:


“Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”


(** Mesej yang sama diberitahu dalam Al-Quran dalam ayat-ayat 13:2, 35:13, 39:5 and 39:21.)


Perkataan Arab yang digunakan disini ialah mustaqarr, yang bermakna tempat atau masa yang telah ditentukan. Justeru, Al-Quran berkata matahari bergerak menuju ke satu tempat yang ditetapkan dan perkara itu akan berterusan sehingga ke satu tempoh yang telah ditetapkan - bermakna ia akan padam atau tamat.



KEWUJUDAN BAHAN-BAHAN DI ANTARA ANGKASA



Ruang diluar sistem astronomi yang tersusun dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan dan vakuum sahaja. Ahli astro-fizik kemudiannya menemui kewujudan bahan-bahan dipanggil plasma dan ianya terdiri daripada gas yang diionkan sepenuhnya dan mengandungi jumlah electron bebas dan ion positif yang sama. Ia juga kadang-kadang dipanggil keadaan bahan yang keempat (selain dari tiga keadaan yang diketahui- pepejal, cecair, dan gas). Al-Quran menyebut kewujudan bahan ini dalam ayat:

“Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya...”

Amat lucu untuk sesiapa pun membayangkan kewujudan bahan diantara galaksi telah diketahui 1400 tahun dahulu.


ALAM SEMESTA YANG SENTIASA MENGEMBANG



Pada tahun 1925, ahli FIZIK astronomi Amerika bernama Edwin Hubble, membentangkan bukti hasil pengamatannya bahawa semua galaksi-galaksi semakin menjauhi antara satu sama lain, yang membayangkan alam semesta ini sedang mengembang. Pengembangan alam semesta kini diiktiraf sebagai fakta sains. Inilah yang Al-Quran katakan mengenai sifat alam semesta ini:


“Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.”


Perkataan Arab mûsi‘ûdan diterjemahkan dengan betul kepada 'mengembangkannya', dan ia merujuk kepada penciptaan alam semesta yang amat besar dan sedang mengembang. Stephen Hawking, dalam bukunya, 'A Brief History of Time', berkata, "Penemuan bahawa alam semesta ini sedang mengembang merupakan salah satu dari revolusi intelek yang amat hebat di kurun ke 21."


Al-Quran menyebut mengenai pengembangan alam semesta, sebelum manusia belajar membuat teleskop! Ada yang berkata fakta-fakta astronomi di dalam Al-Quran tidaklah mengejutkan kerana orang Arab memang mahir di bidang astronomi. Mereka memang betul bila berkata orang Arab mahir di bidang astronomi. Tetapi mereka gagal menyedari bahawa Al-Quran diturunkan sebelum orang Arab menjuarai bidang astronomi. Selain dari itu, kebanyakan fakta-fakta saintifik yang disebut diatas mengenai Fizik astronomi, seperti asal usul alam semesta dari Big Bang, tidak diketahui oleh orang Arab walaupun sehingga zaman kegemilangan sains mereka. Oleh itu, fakta saintifik di dalam Al-Quran bukan disebabkan oleh keunggulan orang Arab di bidang Fizik astronomi. Malahan, yang sebaliknya betul. Orang Arab menjuarai astronomi kerana astronomi disebut di dalam Al-Quran.

0 ulasan:

Newer Post Older Post Home


Hijri Date Converter
Today's Date: Tuesday, 06/23/109
 
Gregorian Calender
Month Day Year
Hijri/Islamic Calender
Month Day Year
 
Day of the Week: